Ahmad Shukri b Mohamad Badaruddin
Gambar Perkahwinan Nora dan Faizul....









Ahmad Shukri b Mohamad Badaruddin
Serba sedikit mengenai diri saya.Nama saya Ahmad Shukri bin Mohamad Badaruddin.Dilahirkan di Kg Gelok,Lenggong Perak.Umurku menjangkau 3 tahun, keluargaku telah berpindah ke Negeri Sembilan untuk mencari penghidupan yang baharu.

Bapaku telah memohon untuk menjadi peneroka.Akhirnya ayahku telah mendapat tawaran untuk menjadi seorang peneroka Felda di Palong 7,Negeri Sembilan.Di waktu itu, aku masih ingat lagi...betapa susahnya orang tuaku berpenat lelah untuk mencari sesuap nasi.Tidak seperti hari ini,aku bersyukur kerana keluargaku tidak daif seperti waktu mula-mula menjejakkan kaki ke Felda Palong 7.

Waktu itu,keluargaku hidup susah.Aku pernah makan nasi berlauk,berkuahkan garam sahaja.Nak merasa makan nasi dengan kicap pun susah.Tapi waktu itu, aku,abang dan adikku tidak mengeluh dan cerewet tentang makan.Apa yang ada... itulah yang kami makan.
Kadang-kadang...pernah kami adik beradik tak makan pun.

Pakaian...jarang sekali dapat tukar.Kami pakailah pakaian hingga lusuh,koyak.Waktu kecil...saya,abang dan juga adik yg no 3, memang buas....maklumla..hero2.Susah ayah dan mak nak kawal kami.Hobi kami yang paling ketara adalah bergaduh dan bergusti...
Itu adalah kenangan masa lalu...

Zaman dah berubah... kini kehidupan keluargaku sudah berubah.Aku gembira melihat perubahan itu.Terima kasih Felda kerana banyak memberi manfaat kepada kami...terutamanya orang-orang melayu.

Secara ringkasnya diriku....
Pendidikan awal di:
1) Tadika Kemas Palong 7
2) SKP7( Sekolah Kebangsaan Palong 7 )
3) SMK Palong 7 ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5)
4) Kolej Lagenda Langkawi ( Kursus Pengaturcaraan Komputer)
5) Maktab Perguruan Ipoh, Perak.( KDPM)

Sekarang ini mengajar di SK St Michael 1, Ipoh bermula pada 17 JUN 2002 hingga sekarang....( belum rasa nak pindah lagi)
Ahmad Shukri b Mohamad Badaruddin
Salam sejahtera buat pembaca sekalian.
Terima kasih kerana melayari Blog ini.Apakah itu Tinta?? Apakah maksudnya???
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, TINTA bermaksud "Dakwat".